Dalam post yg lepas aku share pasal sahabat kan..kali ni akau nak share pasal kekasih aku vs sahabat..dua-dua dari kaum hawa..seorang tinggi seorg kurang tinggi..
Aku dah berkawan gan kekasih aku ni lebih kurang 6tahun..nak cerita pasal die ni,mmg aku xtawu cam ner nak puji dia nya bagus.Mana tidak nya sebelum-sebelum ni bersepah perempuan aku kawan xpenah pon die menghalang. Nak kata jeles sikit pom xpenah. Aku pulak jenis langgar semcm je bukan kira apa. Jadi sapa yang nak jadi penganti kepada kekasih aku ni,boleh ker ade sifat cam die. Klau boleh ok aku on je hahahaha. Dengan perangai aku yang ntah apa-apa ni dia bertahan layan jer apa kehendak aku..i salute u lah..
Sejarah tercipta selepas 6 tahun akhirnya dia tewas. ok cam ni citernya, kebelakangan ni aku baik dan close sgt dengan sahabat aku ni,die pun kaum sejenis dari kekasih aku.kita orang dah lama kenal tapi dah xjumpa lebih kurang 10tahun,lamakan(mgkin tuhan nak jumpakan balik dan mungkin ada sebab). Dan akhirnya aku pun berkawan baik dengan si gadis terbang yang sememangnya aku anggap sebagai sahabat baik aku . Sama minat,perangai pun xkesah,aku pun ok je gn die,selalu bagi pandangan serta pendapat dan byk lagi perkara yang membuat kami sehaluan dan sebab itu jugak aku gan dia jadi sahabat baik macam rosyam nor dengan nasha aziz dalam cerita laila isabella tu. Oh ye perangai die pun sebijik mcm watak nasha aziz dalam cerita tu.
Sejak kebelakangan ni mslh pun timbul antara aku dan kekasih ku. Byk bendalah yang timbul tapi yang penting nak aku tekankan kat sini bukan lah kemunculan si gadis terbang ni yang menjadi punca utama.Selepas berminggu-minggu tidaak bertegur sapa, aku mengambil langkah untuk berbincang dengan kekasih ku,hmmm dan ternyata selepas segalanya hampir selesai,akhirnya terkeluar dari mulutnya yang die sememangnya tidak suka untuk aku berkawan dengan sahabat ku si gadis terbang ni.
Kekasihku mengaku sejujurnya dia tidak ada masalah untuk aku berkawan dengan siapa sekali pun tetapi bukan dengan si gadis terbang. OMG!!! dia tumpas jugak.Apa kelebihan si gadis terbang ni yang membuat kekasihku tewas. Bagi aku pantang aku untuk sesiapa menghalang aku berkawan dengan sesiapa pun. Aku menerangkan kepada kekasihku situasi antara dia dan si gadis terbang.Alamak mcm romea lah pulak aku rasa hahahahaha. Akhirnya dia mula menerima(tetapi aku xtahu lah dalam hatinya mcm mana).
Sayangnya aku kepada kekasih aku adalah perkara yang berbeza dengan sayangnya aku kepada sahabatku. Dua insan yang mempunyai tingkah laku yang hampir serupa tetapi perangai serta peranan yang berbeza. Ada yang kata kepada aku kenapa perlu wujud si gadis terbang,bagi aku apa yang dorang mengerti,diri aku ttp aku. Aku rasa selesa bila si gadis terbang menjadi sahabat aku yang penting bagi aku hati dan tahap keikhlasan untuk berkawan dan pandai membeza kan antara kekasih serta sahabat...