Hah ini dia dulu hero sekarang zero...
Ini lah adat resam dunia,manusia selalu lupa. Bila di atas lupa segala benda, baik ibubapa,agama tanggung jawab diri sendiri dan macam-macam, yang di inginkan hanya satu hiburan dan kawan-kawan.
Langit xselalu cerah & manusia selalu lupa,itu ungkapan yang pernah keluar dari mulut seorang rakan. Sikap endah xendah buat keriting terus dengan dunianya. bisnesnya di jalankan sambil lewa,almaklum projek masuk terlalu banyak. Dunia milik kita kata si keriting.Semuanya dilanggar semacam,dirinya sahaja yang betul. Tepat kata orang bila berduit segala macam benda kita boleh buat. Dari situ lahir semuanya riak,tamak,bangga diri,boros dan segala sikap yang kerinting sendiri xpernah suka.
Keriting boleh habiskan beribu ringgit dalam masa beberapa jam di mesin judi. Baginya wang ringgit senang dicari. Apa yang rasa ingin disarungkan di badannya keriting akan beli. Harga seoal yang ke dua, baginya kepuasan diutamakan.
Betul ungkapan langit xselalu cerah. Bisnes yang dijalankan mengalami masalah. Episod kejatuhan kerinting bermula. tapi keriting masih xsedar.Dia masih meneruskan hidupnya seperti dahulu. Hari terus berganti masalah semakin bertambah,akaun company semakin berkurangan,hutang semakin meningkat,namun keriting tetap steady. Dia yakin akan selesai semuanya tidak lama lagi. Impian tinggal harapan, segalanya tidak menjadi.
Individu disekeliling keriting masih ingat dia seperti dahulu,hanya rakan-rakan karib sahaja yang tawu masalah yang di hadapi.hidup keriting ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. keriting hidup atas ikhsan rakan-rakan baik nya. Keriting tidak mampu membayar segala bil-bil yang patut dilunaskan.
Mungkin ini pengajaran atau ilmu yang perlu dipelajari. Syukur keriting masih punya rakan-rakan yang berada disekililing. Tuhan tidak pernah menguji melebihi kemampuan umatnya dan tuhan tidak pernah zalim.yang mengzalimi diri kita sendiri.
Ruang-ruang untuk keriting berdiri semula semakin terbuka.sekarang keriting lebih tenang menjalankan perniagaan nya.walaupun tidak segah dahulu,keriting lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang dijalankan. Baginya hanya satu,kesilapan yang dilakukan tidak akan diulangi semula. Inilah hukum karma.
No comments:
Post a Comment